Friday, November 22, 2013

takut nk pickup call

Assalamualaikum....

mcm lawak jew entry kali ni...cari lg maslah niat hati nk dengar suara dia tp hakikatnya siti takut..jika sebaliknya...maafkan siti bkn niat siti xnk angkat call h tp siti takut bila h tau yg siti yg call nnty h menghilang lagi...siti cuma simpan gambar h dlm notebook n fone siti...

Friday, November 15, 2013

Tanda-tanda migrain , cara elak & cara ubati migrain

ASSALAMUALAIKUM>>><<< SELAMAT PAGI

 Siti nak share kan beberapa tnda2 migrain sbb siti memang alaminya sendiri dan siti share kn
 juga cara ubatinya...korang juga boleh cari lebih info drpd blog2 or pakar kesihatan..
sekadar perkongsian...


Tanda-tanda migrain

- Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung
 dan sekitar mata .
- Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2.
-Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap.
- Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk.
-Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara .
-Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam.
-Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan
seperti bengkak bengkak dan membesar di bahagian tertentu anggota badan .

Cara elak migrain :HINDARKAN :

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

 ikut sunnah, ikat kepala dengan kain / serban , berbekam atau berinai di kepala . 

 Apa yang penting , makan ubat , atau jika tidak mahu bergantung dengan
 ubat amalkan pemakanan sihat , hidup yang terurus dan jiwa yang sentiasa
 mendekati tuhan bila dilanda sebarang dugaan. Semoga semua sihat ya, kawan-kawan . 


Ubat oh Ubat.. ~_~

ASSALAMUALAIKUM>>>><<<<< SELAMAT PAGI

Sejak dr masuk sem 3 ary tu smpai sekarang sakit kpale semakin teruk....seminggu sebelum exam ary tu g klinik xray...doktor kata migrain siti teruk sangat n darah byk berkumpul kat kpale bhagian kiri..abis exam nie kene g xray lagi utk susulan plak...Sekarang selalu kene mkn n bergantung ngan ubat...pernah juga malas nk mkn ubat akibatnya kpale sakit sgat smpai xtayu nk buat apa smpai nama orang ramai x ingat n xknal org...

Saturday, November 2, 2013

Cerita Bdk Stpm Sem 3

Assalamualaikum n selamat petang.....

berhabuknya blog nie...hahaha..

Xsangka minggu dpn siti akn menduduki final exam sem3 utk STPM... Sekarang memang pengurusan masa agak tegang sikit..mana nk study utk sem 3 n mane nk study utk repeat sem 1....tapi  alhamdulillah setakat nie byk membantu diri diri sendir n dpt pertolongan dr kawan2 yg best2....nie jadual utk exam sem 3 n repeat paper...harap dapat laksanakan tanggungjawab dgn tenang...doakan kami semua STPM CANDIDATE BATCH 94..
@_@ seram plak tgok masa utk exam nie...


KENANGAN STPM SMKR 2012/2013 BERSAMA PN.NORZAWATI BT AZIZ
                                                        GPK PRAUNIVERSITI SMKR



BARISAN TENAGA PENGAJAR PRAUNIVERSITI SMKR 2012/2013

Barisan Hadapan : En. Sukri , En.Nazri , En.Zainuddin, En. Lee Kin See
Barisan Belakang :  Pn. Aida Rosni, Pn. Ifzan, Pn. Siti Huwaina, Pn. Mazilah, Pn.Hapsah, Pn. Norzawati
    Pn. Azlina, Pn. Asiah, Pn. Zakiah.


STUDENT 6A1

STUDENT 6A2


STUDENT 6A3

Semoga kita bersua lagi dilain masa...usaha tangga kejayaan...setiap tindakan niat dihati kerana allah insyaallah segalanya dipermudahkan...semoga kita semua dpt meneruskan pelajaran kita ke peringkat yang lebih tinggi(ijazah) dan menharumkan nama kita,keluarga n negara...


  sekian..assalamualaikum...
 sambung study...love reeina

Friday, August 23, 2013

minggu stress

Assalamualaikum...

berhabuk sudah..haha..rasenya masih belum terlambat lagi untuk reeina ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ku ini..

Huh serious reeeina ckap untuk semester tiga nie memang agak stress dengan banyak kerja skolah dan assiggment ygb oleh dikatakan agak mencabar dlm usia nie... Selagi nama sebagai pelajar apa je yg x membuatkan hidup seharian penuh dengan stress kan..yedok??...

 Sebab reeina nie seorang yang agak malas dan susah nak siapkan kerja sekolah...amik ko contoh x baik tau jgn diikutkan cara ini tau..haha.. ok jadi reeina pun buat jadual belajar dan ikut jadual yang reeina buat tuu...bukan apa utk lebih ada displin dalam belajar...

Walaupun agak stress tapi rieena kena belajr atasinya sampai demamlah dek tido kol 3-4 pg...
mungkin belom begini lagi..minta2 tidak seperti ini..choyyy hancur lah kerja2 ku..hehehe

hahaha..xdew lah smpai macam nie..


Ok lah sampai di sini dulu entry kali bersua lagi di lain waktu..selamat malam semua layan Kampung Girl.

Tuesday, July 23, 2013

Semangat Yang Hilang Dah Kembali

Assalamualaikum.... v ^_^ v

Alhamdulillah selepas menghadapi 2 semester di tingkatan 6/PRAU...siti dah tau kat mane kelemahan siti...dulu masuk f6 hanya sekadar utk suka2 shaja..minat tu adew utk belajar tapi penyakit MALAS masih ade dlm diri ini menyebabkan resault sem 1 teruk juga..masuk sem 2 masih main2 tp dikurangkan sbb sem 2 byk cabaran ngan assigmentnye lg..hahah siti antara yg suka buat last minute..hasil pon cincai jew.... :'(
Lepas tengok kawan2 seperjuangan dpt  habuan utk sem 1 baru2 nie..baru terpikir asyik tgok owg je dpt habuan jadi diri ini pon nak lah jugak merasa..jadi peluang di sem 3 digunakan utk menebus kegagalan di 2 sem dulu...

Alhamdulillah bersyukur sgat ramai kawan2 yg membantu..hehehe terharu plak haha.. semangat siti utk belajar sekarang dah ada k...xkan nak rugikan usia muda kot...siti pon ada cita2 yg ingin digapai...(berangan sat wewewe)..ok nak di jadikan cerita siti jd kn ketua pelajar siti sebagai pembakar smangat utk belajar..dah lah cute huhuhu 3 subjet semua di balon abis..itu habuan utk usaha dia..dari situ mula timbul perasaan insaf dan cemburu k..cemburu di sini dlm belajar secara sihat bkn carax elok..hahah

rakan2 lain juga byk membantu...byk tips yg diowang beri diantaranya..tgok bwah nie amik ko tips diowang memang berguna k :)
                 
 -pastikan kehadiran sentiasa full (saya selalu memonteng)
 -betulkan niat kita dtg ke sekolah(dulu slalu salah niat g skolah bkn nak blajar sgt tp                                        sekarang tidak lg)
 -before pegi skolah minta maaf pada ibu dan ayah kita dulu( kadang-kadang lupa juga tp                                 berjaya diatasi)
 - perbayakkan membaca al-quran(paling koman pon klau malas sgat tu bacalah sehelai                                    halaman ini utk santapan dlman diri kita)
- utk bm bykkan buat latihan.
  -utk pp hafal fakta n fahamkan.
 -makan kismis (utk minda kita k uols)
-cuba minat subjek yg susah utk kita(bm,pp,sj , pa susah utk siti jd siti cuba utk minat                                     gile2 subjek2 nie)
 -jgn belajar dlm keadaan tension +stress+memaksa diri...
 -buat nota ketika blajar.(nie wktu P&P)
 -siapkan assigment awal2(masih tertangguh lagi uwaaaa siti lah pencuri masa utk wat                                       assigment...hehehehe)
  -jaga permakan seharian kita.(siti kurang menitip beratkan permakanan selalu main bedal                                je apa yg ada patut pun klau gebu2 bam2)
                          
inilah antara yg mereka berikan....hehehe..bertuah ada rakan2 yg sempoi nie..huhu
sampai sini lu entry kali ini..nnty bersua lg..bye2

P/s..bila lah nak msukkan gmbar masa sukan 1m1s nie erk..

Tuesday, July 9, 2013

hari 1 murid 1 sukan.(STUDENT PRA U SMKR#AJK)

Assalamualaikum semua..hari nie saya nak kongsikan gamabr2 sepanjang hari jumaat minggu lepas SMKR telah melaksanakan program 1M1S..kami student PRA U sbg AJK sepanjang aktiviti ini berlangsung.. mari tgok gmbar kami semua disini huhuhu...


                                    mereka berdua inilah kawan terbaik yg pernah saya ada sepanjang kami bersekolah walupun diowang nie mcm bom nuklear tp best sebab diowang cakap terus terang n xdew tapis2.. nama diowank 2 nie yg gegirlsss tu SITI NASUHA AZMAN(CUAH) yg boysss tu WAN MUHAMMAD NAZIF WAN RAZITA(NAZIF).....hahaha




sempat lagi tu ok diowang 2  nie cik bella n cik faizah plak the best student PP..huhuhu




 nie plak cik yana, cik jiha n cik asiah dr klas 6A3.....




nie plak cik najwa n miss sherley chong diowang nie plak student ekonomi...tekun kan diowang mencatat...




tabikkkk springgg huhuh...yg dr kiri tu cuah,lyda,tehah n sya.



 nie plak muka2 yg menanti pelajar smpai di garis penamat...




hahaha..no kemen xdew cerita dah haha...


ok smpai disini dulu nantikan smbungannya nanti di 1M1S(part 2)...bye2...

Wednesday, May 8, 2013

10 Petanda Dia Jodoh Kita


Aku cukup tertarik dengan satu artikel di iluvislam.com
Mungkin ianya ada berkenaan dengan kita semua.
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com
Jadi, antara sepuluh-sepuluh petanda ni, adakah semuanya ada kena mengena dengan anda? Katakan YA atau TIDAK. hehe


Exam Oh Exam

ai...ni jadual exam semester 2 aq..wah adew lagi seminggu jew lg...cehwah...aq masih pelajar form 6...xsangka  aq salah seorang yg bakal menduduki exam paling susah nie...aq bersyukur sbb ramai kawan2 yang bantu aq dlm pelajaran..terima kasih kawan2...aq bukan amik semua subjek yg adew tu lash..aq amik 4 subje jew...
                 1.Bahasa Melayu 
                 2.Sejarah
                 3.Pengajian perniagaan
                 4.Pengajian Am.(wajib)
nampak mcm senang tp hanya tuhan yang tahu bertapa susahnya nak menduduki exam ni ngan masa yang singkat..hahaha..

klau korang amik form 6 jgn anggap ia susah sbb tiada yg mudah dlm dunia ni uols...buat pilihan terbaik...form 6 nie best sebenarnye sebab awak2 semua dapat merasa pengalaman seperti pelajar universiti sendiri...tau x knapew????? sbb awak2 semua akn merasa buat assiggment,perbincangan berkumpulan,perbentangan utk assigment...hohoho..make sure korang bg kan masa dgn betul..ok cukup smpai disini dulu entry aq kali..jumpa lagi..~~~~~ allllllllooooooooooohhhhaaaaaaaaaa~~~~

ASSALAMMUALAIKUM.... 

Friday, May 3, 2013

Perbezaan Suka, Sayang Dan Cinta


Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,“Bolehkah aku menciummu?”Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,“Bolehkah aku memelukmu?”Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata“Sudahlah, jangan menangis.”SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata,“Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. ”SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,“Ia sangat cantik/tampan dan menawan.”SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,“Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..”Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu, maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,“Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan.”Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus.SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.SUKA adalah hal yang menuntutSAYANG adalah hal memberi dan menerima.CINTA adalah hal yang memberi dengan rela. 

                                          menanti en.sempurna kita datang...huhu
                                                                      sabar wahai hati pemilik tulang rusukmu
                                                                     akan datang dan menjamu suatu hari nnty..huhuh

Thursday, May 2, 2013


Cinta terakhir
Kau cinta pertama ku
Kau cinta terakhir ku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mata ku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Kau ayu di mata ku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan
lagu nie amat bermakna sekali..adew kenangan disebalik lagu nie dan ia amat berharga..huhu
suke sangat lagu nie...Terima kasih kawan sebab pernah nyanyikan lagu nie utk pujuk AZ..klau tak silap masa tu hampir sebulan lebih AZ merajuk dengan die n die nyanyikan lagu nie utk pujuk AZ..awak sebahagian daripada kenangan terindah dalam hidup AZ..

Saturday, April 6, 2013

perasaan itu xkan berubah

assalamualaikum...
lama rase x becerita kisah sendiri malam nie saya nak cerita ttg saya dgn sidia...cukuplah sekadar saya panggil dirinya dgn 'H'...
H adalah senior saya beza kami hanya setahun..saya memang meminati dia dlm diam..hahaha(terkenang lah plak)..hehehe.. saya tertarik pada H bkn kerana paras rupa,duit atau kedudukan die saya xpndan sgat bab2 tu sbb bg saya manusia semuanya sama...haaa nie die... first time saya tertarik dgn die  ketika dengar suara mmbaca doa ketika perhimpunan di sekolah..hati saya trus tarpaut pada die...sya sndiri xtau mcm mnew saya boleh pekare pling gile sbb dah suke slalu gak curi2 tgok die dr jauh..hahaha..
paling saya xleh lupe time jamuan hari raya form 6..sya kene pergi dr kelas ke satu klas klas die saya pergi last skali utk minta nama mkanan yg klas die buat, time tu mmg gabra abis lah..memang cover tahap aggung lah..n pling xleh lupe wktu amik mknan firs time die panggil nama saya sbb nak minta tolong isikan makanan..

tapi wktu tu die mengah cauple ngan kawan saya..memang wktu tu rase sedih.slow2 saya buang perasaan saya pada die...saya anggap die insan istimewa dlm hidup saya...tanggal 23-12-2012 itulahh tarikh permulaan hubungan kami..masih baru..saya bersyukur sgat dia seorang yg sgat baik.. walau apew pon yg orang kata saya senyap jew...selepas beberapa bulan x jumpa kami jumpa smule pd 18-03-2013...wktu tu die amikresaul STPM..alhamdulillah resaulit die ok...hehehe..tp kitowang hanya tgok dr jauh jew..menitk air mata dpt tgok die dari jauh..

 saya berharap hubungan ini kekal hinnga akhir hayat kami..tp klau terputus ditgah jln saya redha sbb semuanya telah diaturkan oleh allah..saya sentiasa doakan awak selamat wlau dimana awk berada....
saya syg awak 'H'....

#cerita potong2 ckit#he3

Friday, April 5, 2013

cara mengatasi tekanan perasaan



1. Bawa-bawalah bertenang
Bila kita menyarankan seseorang supaya bertenang apabila dia marah, sedih dan sebagainya, pernahkah kita terfikir untuk mengajak atau mengajar cara-cara untuk memenangkan diri? Apa yang selalu saya praktikkan bila saya mahu bertenang menenangkan diri sendiri, saya akan tarik nafas dalam-dalam sekitar 7-9 saat, dan lepaskan perlahan-lahan juga sekitar 7-9 saat. Bagi yang beragama Islam, anda digalakkan beristighfar semasa melepaskan nafas, sebutkan “astagfirullah hal ‘aziim al-lazi laa ila ha illa huwal hayyul qayyum wa atuubu ilaik” dan tumpukan fikiran yang anda sedang memohon ampun daripada Allah. Insya Allah, biasanya jika diulang sebanyak 7 kali, anda akan kembali tenang.
2. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
3. Membaca al-Quran, zikir dan selawat
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. Sesungguhnya ayat Al-Quran adalah penenang jiwa yang paling mujarab.
Anda juga boleh meluaskan pembacaan anda kepada buku-buku ilmiah yang lain seperti buku-buku berkaitan agama, motivasi dan sebagainya untuk menghilangkan kesepian atau kesedihan. Ramai orang rekomen baca buku “Jangan Bersedih”,
Anda juga boleh mengurangkan tekanan perasaan dengan berzikir dan berselawat agar hati sentiasa tenang dan tidak gusar. Kita perlu yakin bahawa walau bagaimana hebat tekanan yang kita alami, pertolongan Allah SWT tetap ada kerana selepas kesempitan pasti ada kelegaan dan selepas kepayahan pasti ada kesenangan.
4. Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain.” Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.
5. Banyakkan solat sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita dituntut membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat dhuha, solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud dan sebagainya adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
6. Selalu berdoa kepada Allah SWT
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita dituntut berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
7. Bersangka baik dengan Allah SWT
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan takdir-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
8. Mengurus masa dengan baik
Usahlah bersikap tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Cuba patuhi waktu pejabat dan jangan terselalu membuat kerja lebih masa kerana setiap kita ada hak-hak yang perlu kita tunaikan. Belajarlah cara kemahiran pengurusan diri dan masa, seperti menetapkan keutamaan.
9. Berhubung dengan keluarga, rakan-rakan dan jangan bersendirian
Syaitan selalunya menyerang manusia yang suka bersendirian. Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik menyatakan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.” . Sesungguhnya serigala hanya membaham kambing yang memencilkan dirinya dari kumpulan yang besar. Itu perumpamaan dari Baginda SAW mengenai peranan syaitan ke atas manusia. Jadi, ke mana sahaja seseorang itu pergi, dia harus mencari tiga perkara iaitu jamaah, orang ramai dan masjid.
Berbicaralah dengan mereka yang boleh anda dipercayai atau hubungi sesiapa sahaja yang anda kenali. Cuba luahkan ekspresi tanpa limitasi, tidak kira sama ada waktu sedih mahupun gembira, kongsikan perasaan anda dengan ahli keluarga atau rakan-rakan yang anda rasa selesa dengannya. Bergaullah dengan orang-orang yang bukan dalam kemurungan.
10. Lakukan aktiviti luar rumah atau aktiviti fizikal
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu belajar atau bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan atau berenang. Jangan duduk diam dan berkurung dalam bilik sambil melayan lagu-lagu sedih yang menyayatkan jiwa hati, ini hanya menambahkan sebak di dada.
Lakukan apa saja akitiviti kecergasan, bersukan dapat menghasilkan hormon yang mampu melegakan tekanan perasaan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh, Insya Allah.
11. Aktiviti bersama alam
Sentiasa memelihara hubungan dengan alam. Anugerah alam ciptaan Allah SWT berupaya menenangkan, menyemai iman dan penawar bagi manusia. Aktiviti berkebun, menanam dan menjaga pokok bunga bukan sahaja menyihatkan malah membantu memupuk diri memelihara alam. Anda juga menikmati ‘bird watching’, ‘nature walk’, berjalan di tepi pantai sambil mengutip cengkerang untuk hiasan akuarium atau apa saja berkaitan dengan aktiviti alam semulajadi yang cukup mendamaikan bersama-sama ahli keluarga. Cuba gunakan keseluruhan deria untuk merasai kehadiran Allah SWT.
12. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Jaga makan dan tidur berlebihan. Sayangi badan anda, jangan mendera badan anda dengan tidur yang tidak mencukupi atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
13. Jangan malu untuk ketawa
Bilakah kali terakhir anda memegang majalah Gila-Gila atau Gelihati? Anda boleh cubalah baca komik atau menonton cerita-cerita yang kelakar yang mampu membuat anda ketawa atau tersenyum.
14. Menangis dengan sepuas hati
Jika anda jenis yang ‘tidak boleh’ gelak-ketawa sebab ‘terputus wayar’, maka cubalah menangis sepuas-puasnya. Ia mampu membuang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.
15. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
16. Fokus kepada warna yang menenangkan
Kajian membuktikan bahawa warna memberi kesan kepada perasaan kita. Warna merah terang, oren dan kuning memberikan kita tenaga. Kombinasi warna merah dan kuning menyebabkan darah kita berkitar dan menaikkan suhu badan. Biru dan hijau memberi kesan menyejukkan dan menenangkan. Anda pasti boleh mengenalpasti warna dengan cara anda sendiri untuk mengubah perasaan yang anda mahukan.
17. Cuba hidu aroma yang menenangkan
Minyak pati aromaterapi lavender amat terkenal dengan aroma menenangkan. Anda boleh cuba hangatkan pati aromaterapi lavender atau dapatkan saja bau -bauan yang di gemari.
18. Hindari bunyi bising
Bunyi boleh memberi kesan kepada perasaan kita. Kita dilahirkan dengan perasaan yang tidak selesa kepada bunyi bising. Kebisingan juga boleh memberi tekanan dalam diri. Ia juga boleh menaikkan tekanan darah, mempercepatkan degupan jantung dan memberi kesan psikologi yang lain. Walau bagaimanapun bukan semua bunyi memberi kesan buruk. Muzik contohnya boleh memberi kesan yang baik kepada perasaan dan kesihatan diri kita.
Menurut kajian dari Avram Goldstein, muzik boleh menyebabkan otak mengeluarkan sejenis bahan penenang yang dinamakan endorfin. Muzik juga boleh menimbulkan pelbagai variasi perasaan. Justeru, jika anda rasa tertekan, dengarlah lagu-lagu kegemaran anda. Semoga ia dapat membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
19. Hadkan pengambilan ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang kita ambil mampu menyumbangkan mood swing yang kurang baik seperti kemurungan dan emosi tidak terkawal. Jika ia tidak perlu, anda boleh cuba elakkan pengambilan ubat-ubatan sebegini seboleh mungkin. Simpan ubatan di tempat yang susah sukar dicapai sekiranya anda berniat untuk mengambilnya dalam dos yang berlebihan. Jangan mengambil pil tidur tanpa preskripsi doktor.
20. Katakan tidak pada alkohol dan dadah
Elakkan dari mengambil alkohol dan dadah-dadah lain yang boleh mengakibatkan hilang pertimbangan anda. Mengambil sesuatu yang mengkhayalkan tidak akan membantu untuk menghilangkan tekanan, sebaliknya akan membuatkan anda menjadi ketagih dengannya.
21. Dapatkan sokongan sosial atau rujuk pakar
Cuba dapatkan bantuan kaunseling melalui ruangan kaunseling, NGO berkaitan atau boleh juga melalui telefon seperti talian ‘Befrienders’ dan lain-lain. Sekiranya semua gagal, dapatkan bantuan pakar untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Pilih Tudung Ikut Raut wajah


SEPERTI pakaian, ramai tidak tahu pemilihan tudung yang menarik harus bersesuaian dengan bentuk wajah seseorang. Sebab itu ada tudung yang nampak cantik apabila dipakai namun kurang menawan bagi wanita lain.
Justeru, bagi memastikan keselesaan, pastikan memakai terlebih dulu tudung yang dibeli. Di bawah terdapat beberapa panduan mengenai pemilihan gaya tudung mengikut bentuk wajah:

Bentuk wajah bujur 
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung.
Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.
Bentuk muka berpetak
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.
Bentuk muka panjang
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.
Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.
Bentuk segi tiga
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
Bentuk muka bulat
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.
Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.